Followers

Saturday 16 July 2011

Sinopsis Artikel Saya…………..

Komputer merupakan satu alat yang boleh menerima maklumat menggunakan beberapa prosedur pemprosesan dan menyalurkan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya. “Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara merupakan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.Bermula pada tahun 2004 semua manusia dikehendaki mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi. Perkembangan ICT serta penggunaan komputer dalam pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,disebar dan disimpan.

Kemajuan pesat dalam bidang ICT telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah,penggunaan bahasa kini telah berkembang kepada satu kaedah pengajaran yang baru iaitu bahasa di alam siber. Dengan cara ini pendidik dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem perisian komunikasi. Dalam pengajaran bahasa terdapat kemahiran penting yang perlu dititikberatkan iaitu mendengar, membaca dan menulis.Teknologi komputer dapat membantu pelajar dan guru bersedia sebelum pembelajaran bermula.

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan pada masa kini.Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan bahasa pelajar. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer agak positif kepada guru dan pelajar terutamanya pelajar cerdas.

Kesimpulannya , teknologi komputer sememangnya mampu dan berupaya untuk membantu dalam pengajaran bahasa yang bersifat global. Dengan teknologi yang ada , guru dan murid dapat berkongsi idea dari seluruh pelusuk dunia tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya teknologi komputer , cakera padat ,laman web dan sebagainya lagi ianya telah dapat membantu pelajar belajar dengan sendiri manakala guru hanya berperanan sebagai pembimbing dalam usaha menolong dan memudahkan pelajar.Melalui ICT juga dapat membantu guru dalam pengajaran. Disamping dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia , ia juga dapat membantu guru meningkatkan perkembangan profesionalisme seorang guru.

Thursday 14 July 2011

DEMI KEJAYAAN REBUTLAH LIMA MASA

Mudamu sebelum tua

Kayamu sebelum miskin

sihatmu sebelum sakit

Lapangmu sebelum sibuk

Hidupmu sebelum mati

Wednesday 29 June 2011

WAHAI GURUKU

GURUKU

GURUKU KAU PENYULUH HIDUPKU,
MENERANGI ALAM INI ,
KAU KU ANGGAPKAN SEBAGAI IBU BAPAKU,

WAHAI GURUKU ,
KAU IBARAT SEBATANG LILIN,
MENERANGI ALAM KEGELAPAN,
KAU SANGGUP MEMBAKAR DIRIMU WAHAI

GURUKU,
KAU INSAN MULIA,
MEMBIMBING DAN MENDIDIK DAKU,
KAULAH INSAN YG KU SANJUNGI,
GURUKU ,

SEGALA BAKTIMU,
AKANKU BALAS DENGAN KEJAYAANKU,
AKANKU BUKTIKAN KEPADAMU WAHAI GURUKU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979